Powered By Blogger

Friday, May 28, 2010

Nasib Melayu Selepas Pilihanraya 2008

Tidak di nafikan bahawa Pilihanraya Malaysia 2008 adalah suatu perubahan atau aliran drastik pola perubahan kepimpinan negara.daripada di dominasikan oleh Barisan Nasional. Separuh daripada semenanjung Malaysia telah beralih kepada pakatan pembangkang. Dengan ujudnya budaya perubahan atau people power atau di kalangan india di kenali sebagai makkal sakti, maka element dan pengaruh politikus atau politik yang di pelopori oleh tokoh sebelum merdeka telah berubah. Perubahan ini pada konsep universal justice atau kehendak dan juga kesedaran universal yang di dorong kepada kerajaan yang lebih transparent dan telus, sebenarnya mungkin membawa kebaikan kepada rakyat Malaysia, tetapi sebagai rakyat malaysia peralihan ini di nantikan tetapi apakah nasib Melayu sebagai sebuah bangsa? Bangsa Melayu sepatutnya turut serta di dalam kehendak universal iaitu keadilan dan ketelusan pemimpin tetapi bukanlah dengan mengadaikan bangsa.
DILEMA MELAYU SEBAGAI SEBUAH BANGSA ATAU ETHNIC GROUP

Melayu sebagai bangsa atau ethnic group yang dominant di Malaysia sepatutnya lebih matang di dalam membuat keputusan dan menentukan nasib dan hala tuju negara yang kita warisi ini. Tetapi realiti adalah berlainan. UMNO mungkin suatu masa dahulu di pelopori dan di dokong oleh golongan pemimpin yang berwawasan dan ikhlas di dalam perjuangan bangsa, tetapi di permulaan 1990 keikhlasan di dalam perjuangan telah muali lupus dan hilang. Di gantikan dengan majoriti Melayu yang rakus dan power hungry. Element atau budaya rasuah, kroni adalah sinonim dengan negara yang membangun, tetapi "check and balance" di dalam UMNO atau Bangsa Melayu itu sendiri gagal muncul. Badan disiplin atau golongan tua sepertimana "pendekar" atau Knight tidak lagi ada di dalam bangsa melayu itu sendiri. Ketandusan Pemimpin yang lantang atau mampu berjuang dengan ikhlas telah hilang, Budaya kipas mengipas dan juga budaya mengampu dan di berikan jawatan akan menghilangkan kelantangan perjuangan Melayu itu sendiri.

Siapakah harus di persalahkan? Pemimpin atau bangsa itu sendiri? Isu ini adalah sesuatu yang komplex dan sukar jika di lihat pada satu sudut. tetapi ianya akan menjadi mudah jika adanya pencetus and juga segelintir yang menjadi pemegang amanah bangsa Melayu itu sendiri. Element ini pada pendapat saya tidak wujud, antara dileman Bangsa Melayu yang paling ketara sekali adalah anatara nasionalis dan agama Islam itu sendiri. Melayu terbahagi kepada dua di dalam diri mereka, antara Agama dan juga Bangsa. Kedua-dua pemikiran ini menjadi satu faktor yang mana telah menjadi realiti dengan adanya PAS dan UMNO, Kedua dua pihak ini adalah Melayu tetapi suatu perjuangan dan landasan yang berlainan, setiap satu menjadi champion kepada pemikiran yang berlainan.

Melayu yang beragama akan membawa "Islam" mengikut pemikiran mereka sendiri, Corak perjuangan Islam sendiri juga bermazhab dan juga bermasaalah mengikut susun ataur atau percaturan pemimpin mereka. Pada satu kumpulan yang lain, perjuangan Bangsa menjadi keutamaan tetapi Islam juga di jaga pada tempatnya.
Jadi bagaimana kita kesudahanya? Adakah kita patut meninggalkan manifesto Bangsa dan berjuang
mengikut Agama? Atau Kita mendokong Bangsa tanpa meninggalkan agama?

Inilah dilema Bangsa Melayu sekarang ini. Jika kita melihat pada versi ketiga, muncullah Melayu Keadilan atau PKR. Melayu terbahagi kepada tiga? Mungkin tidak? Ada Melayu atas pagar atau melayu western, mereka ini menjadikan dileman Bangsa Melayu kepada 4 atau lebih pemikiran dan golongan

in reference to: dilema melayu pasca pilihanraya | Scribd (view on Google Sidewiki)

No comments: